Sunday, August 29, 2010

Shoes and bags

Ok baiklah saya mengaku yang saya adalah masalah dengan kasut dan beg tangan :(

Saya suka sangat beli sampai dah tak terkira dalam almari tu dan saya masih terusan beli :(

Hobi paling terbaru sekarang adalah beli kain cotton pula >.<

Paling mahal saya beli 4meters = RM 240!!

Saya perlukan bantuan sekarang juga tetapi kalau ikutkan saya perlukan retail terapi :(


PS macam mana ni!!!!

Manusia Terhebat

Ada manusia yang sering menganggap dia yang paling hebat. Konon dia yang sempurna so orang lain adalah haprak! Hmm saya sering bergurau dengan kawan kawan bahawa saya yang paling hebat dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan tapi itu hebat secara gurauan.

Tetapi manusia yang talam dua muka atau bertalam talam muka dia macam mana pula. Baiklah terima kasih atas kutukan anda kepada saya. saya sedar yang saya tak sempurna mungkin kerana saya gemuk tapi perlukan saya menjadi seperti kalian yang muka bajet lawa serta kurus tapi berhati busuk? Owhh tak perlu! Saya sanggup gemuk dari mempunyai hati yang busuk seperti anda.

Kamu selalu berkata "what goes around comes around". Dengan bangga kamu sering berkata begitu tetapi kamu tidak sedar apa yang terjadi pada kamu adalah kerana pepatah kamu itu sendiri.

Saya bermusuh dengan perempuan itu dan kamu sebagai kawan dia tidak ada hak untuk melakukan atau berkata apa apa mengenai saya. But well kamu memang penyibuk. Saya tak perlu nak masukkan kawan kawan saya dalam hal kutuk mengutuk pasal kamu sebab dah macam budak sekolah rendah.

Wahai perempuan tua, sedarlah yang saya lebih muda dari kamu tetapi malangnya kamu bertindak lebih kebudak budakan. Sila sedar diri.


PS tak marah pun cuma nasihat :)

Friday, August 27, 2010

Selamat Kembali

Hmmm lama betol aku tak update blog ni. Siap sawang-sawang lagi. Hoho.. Well one thing for sure is that im already married! :)

Tarikh bersejarah pada 11 Jun 2010. Sekarang aku seorang isteri kepada seorang lelaki bernama YUSRI RUZAINI. What i have to say is married life sangat fun :)

Dan sekarang ni bulan Ramadhan yang mulia bermakna tahun pertama aku berpuasa bersama suami :)

Indah dunia.