Thursday, January 7, 2010

BurgerMbira?

Ada setengah kawan-kawan aku yang bertanya apa sudah jadi pada semua post lama aku sepanjang 2008? Jawapan dia senang sahaja. Aku dah delete semua. Bukan apa demi kebaikan tahun baru ini :)

Sekarang aku berada di kuantan, pahang. Lepak rumah makcik dan semalam aku dengan sepupu aku keluar makan malam. Aku dah lama teringin nak makan burger kat satu tempat ni. Nama kedai ni BurgerMbira dan yang boleh aku cakap memang best. Aku dapat tahu pun dari blogger lain.


Ni la kedai kecil yang comel itu. Terletak di Jalan Air Puteh, sebelah kedai makan saffron.

Ni burger yang aku makan. Nama nya Burgertahh. Haha kelakar nama.
Berharga RM4.50
Dalam burger ni ada 2daging ayam+telur+mayonis+cheese+nenas

So siapa-siapa yang ada kat kuantan tu sila la kunjungi tempat ni. Ditambah dengan keramahan tuan empunya kedai memang best la. Mereka juga ada facebook BurgerMbira, sangat best bukan dan juga boleh dapat wifi di sini!


No comments:

Post a Comment