Monday, September 13, 2010

Selamat Ulang Tahun

Hari ini 13 Sept genap umur saya yang ke 25. Wah cepat betol masa berlalu tapi tak terasa tua pun sangat. Hihihi.

Tapi yang best ulang tahun kali ini amat bermakna sebab pelbagai peristiwa menarik berlaku. Serta tahun pertama hari lahir bersama suami tercinta >LOVE<

Sesi pertama:

Tepat pukul 12 malam. Sedang saya tengah sedap melayari internet sambil meniarap atas katil tiba tiba adik saya yang ke 2 buka pintu dan menutup lampu sambil tersengih sengih. Weird gila ok rasa time tu. Kemudian masuk la si suami saya membaca sepotong kek dan sebatang lilin. ok ini lagi weird sebab itu bukan lilin orang buat birthday party but lilin yang orang pakai time letrik padam -__-" Rupanya mereka dah berpakat dan puas selongkar satu rumah cari lilin kecik tapi tak jumpa. Kesian betul :D

Sesi kedua:

Pukul 12.05 malam. Tiga orang adik perempuan duduk depan pintu bilik buat koir lagu birthday. Hahahahaha macam sengal nak mampus diaorang nyanyi. Tapi sangat terharu :')

Sesi ketiga:

Pukul 8.35 pagi mak tengah tengok tivi time tu saya tengah tunggu suami hantar nak pergi kerja. Mak hulur something kat tangan, ingatkan apa rupanya duit RM500! Mak cakap hari tu time konvo mak nak bagi hadiah so mak bagi duit je untuk saya beli hadiah itu sendiri. Wahhhh terima kasih mak :') Mula mula tolak sebab segan but amik juga :P

Sesi keempat:

Pukul 8.50 pagi. New colleague nyanyi lagu birthday kuat kuat time saya tengah buka pintu office. Dia memang macam budak budak -__-"

Sesi kelima:

Pukul 6.30 petang. Time saya tengah rushing rushing buat kerja suddenly my colleague buat surprise dengan bawa kek. OMG sangat segan ok >.< especially with my boss. Muka jadi sangat panas. But really tak sangka diaorang akan buat macam tu :D

Sesi keenam:

Pukul 8.30 malam. Makan steamboat with my family and mother in law celebrate my birthday :)


Harus saya akui saya teramat gembira :)

No comments:

Post a Comment