Hari hari yang mendatang sekarang ni memang aku sangat tak berdaya. Apabila kau mengetahui suatu kebenaran yang amat mendukacitakan diri apakah yang harus dilakukan... Buat masa sekarang jalan terbaik bagi aku adalah memendam..ya memendam perasaan.. Keaiban seseorang harus ditutup dan ini membuatkan aku terseksa. Kadang kadang terduduk aku menangis ya menangisi kebenaran yang aku terima. Aku derita keseorangan dan aku terkedu sendiri apabila tuan empunya diri masih boleh berlagak berlakon seolah olah tiada apa yang berlaku.
Aku harus senyap. Diri dilarang berbunyi membutirkan patah patah perkataan yang berkaitan pun tidak dibenarkan. Hanya DIA yang mengetahui apa yang bergolak jauh disudut hati aku. Dan pada DIA aku sering bersujud memohon petunjuk. Dan pada DIA aku berserah sekarang.
Andai kau mengetahui apa yang aku rasa mesti kau terkedu. Kau menyuruh aku mempercayai kau tetapi bagaimana aku boleh mempercayai kau sekiranya setiap apa yang kau lakukan mencurigakan hati ini. Tidak nampak yang kau akan berubah walaupun aku sedang berubah ke arah kebaikan. Aku yakin yang kau tak nampak perubahan aku kerna kau terlalu leka dengan dunia kau.
Kini aku hanya mampu berdoa dan berserah ke DIA agar kau berubah. Kerna syurga ku ditapak kaki mu..
Showing posts with label Luahan heart. Show all posts
Showing posts with label Luahan heart. Show all posts
Friday, August 31, 2012
Sunday, July 10, 2011
:(
***Sigh***
U can't paksa paksa me to like someone that i don't feel like to like...
Dear dad,
Hope u understand...i just can't :( give me time and akak harap abah tak terasa...Maaf....
Labels:
Luahan heart,
Sorry
Location:
Temerloh, Pahang, Malaysia
Thursday, June 2, 2011
What's Up..................
Kebelakangan ni hidup makin sibuk. Adhoi ponat den ni haa. So oleh sebab penat melampau malas tulis panjang. Layan kan je music kat bawah ni. Ni lagu favourite bila time time dalam kereta duduk sebelah seat penumpang buka tingkap sambil pejam mata dan merasai tiupan angin sepoi sepoi kat muka. Memang syok la!!
ENJOY!!!
Monday, April 18, 2011
The most difficult person to be contacted...
The person is me!! Harap je hand phone BB aku ni tapi memang susah untuk orang contact aku. Colleagues + friends + family semua lah. Selalu jugak la ada miss call and messages yang tak berbalas berjam jam lamanya. Semua ni sebab aku selalu simpan aku -_-"
Ala bukan apa sejak kahwin aku jarang pakai phone. Kecuali untuk call out je. Call in jarang la masuk kecuali from my mum and colleagues. Hp tu tak payah cas hari hari cukup la seminggu sekali je. BIS pun aku jarang guna sebab aku lebih banyak online pakai lappy kesayangan ni ha.
Mak aku ada jugak la bising cos asyik miss call je tak pernah nak dapat cakap dengan aku. Ala tah la kalau kat tempat kerja aku letak je dalam laci sometime siap tertinggal kat pantry lagi. Tinggal hp kat office tak yah cakap la selalu jugak T_T en suami tak cakap apa apa pun cos dia da faham :P
So to my friends yang call aku and read this post I wanna say SORRY do really mean it! Lainkali just leave SMS je k nanti aku respon balik kat SMS korang balik.
Sunday, March 20, 2011
Hari Hari Kerja Lalalalalala
Hari ni aku nak cerita pasal kerja. Hmmm pasal kerja aku lah. Aku kerja sebagai Customer Service Unit (CSU) or kalau ikut pangkat aku dalam company aku Officer II grade 30. Haaa macam tu lah..Gaji ok lah kalau ikut kerja kat Temerloh ni kan. Campur OT and incentif lagi. Masyuk la jugak. Aku memang super love kerja aku ni. Yela kerja kat branch kecik je so tak ramai staff, CSU 5 orang and marketing seorang je. Dulu adalah branch head tapi dia dah berhenti :( sebab nak kahwin and tunang dia duduk kuantan so dia pindah kuantan.
Kerja aku ni bukanlah senang weh. Time happy happy la. Time susah aduhai memang susah. Aku bahagia and gembira kalau customer yang aku attend tu gembira and masalah dia aku dapat selesaikan. Baru baru ni ada customer mengamuk hmm ni bukan 1st time cos before ni aku dah handle banyak kali. Dan customer gembira pun ramai jugak :) Khamis lepas ada 1 pasangan tua tak tua sangat la. Diaorang datang dengan niat nak marah (ala diaorang yang mengaku sendiri thats why aku tahu :D) tapi bila aku attend dia and selesaikan masalah dia terus dia ok and puji aku cos sepanjang masa aku attend dia aku senyum je and waktu dia ontheway nak ke tempat aku pun aku sambut dengan senyuman. Hihihi so macam lembut kan hati dia la. Pastu siap bersalam dengan aku lagi.
Before ni pun ada makcik tu sampai berjemput suruh datang kahwin anak dia :D memang best dapat bagi service yang terbaik untuk mereka tapi kalau yang teruk tu sampai rasa nak berhenti kerja pun ada jugak >.<" Siapa tahan kena marah tapi itulah cabaran kerja aku ni.
Semua tu aku anggap lumrah kerja aku lah. Sekarang ni aku dah buka compony partner dengan adik lelaki aku. NSMZ Construction :) Operation company ni kat Cameron Highlands cos mak aku yang handle. Adik aku pun tolong lah cuma aku still kerja kat sini. Mak ak bagi cadangan supaya aku and en suami pindah Cameron untuk uruskan company tu mean belajar dengan dia lah. En suami kena minta transfer ke Cameron. Dia tak kisah pon cos demi masa depan. Aku masih sayang kerja aku ni. Tapi bila stress kat office memang time tu jugak rasa nak berhenti.
Tak pe buat masa sekarang aku akan cuba buat yang terbaik. Kerja dan bila tiba masanya aku akan resign and uruskan company aku tu. Waiting for the right timing now. Insyallah
PS mode nak cerita pasal kerja -_-
Friday, February 25, 2011
Panasssssssss
Sekarang ni aku punya panas baran makin teruk ah! Aku pun tak faham gak kadang kadang tu kenapa. Hmm senang je orang nak buat aku jadi menyampah or sakit hati or benci gila la.
Kenapa kenapa kenapa!! Dah aku cuba untuk menahan perasaan marah aku tu tetapi.........senang cerita ALLAH je lah yang tahu. Eeee kalau lah hati ni boleh bercakap nak gak aku tanya kenapa aku jadi macam ni. Kenapa hati sebab hati aku ni pelik skit kot. Pelik macam macam lalang kena tiup angin. Haa kenapa lalang? Entah lah. OK sekarang aku dah confius kenapa banyak sangat kenapa dalan ayat aku ni.
Orang tengah kacau fikiran memang macam ni kot. Or hanya aku yang macam ni? Ah tanya lagi. Maaf kepada mereka mereka yang merasa aku semakin baran dan merasakan aku semakin sukar difahami even before ni korang pun bukan faham aku sangat pun kan. Dah dah jangan berlakon aku tak suka OK.
PS benci gila pada orang orang yang mengaku faham aku padahal jauh sekali kau nak faham aku.hanya aku je kot yang tahu siapa yang faham aku.jauh sekali kau kau dan kau.weh bbf aku kau memang faham aku tau.hahaha (ps pun nak tulis panjang panjang :D)
Subscribe to:
Posts (Atom)