Sunday, March 27, 2011

LIZARDOPHOBIA *panjang wooo kisah aku ni*

Apa itu LIZARDOPHOBIA ?? Apa apa??!!! OK maksudnya adalah fobia pada segala jenis macam cicak. Tak kisahlah cicak tokek ke kampung ke. AKU MEMANG FOBIA OK!!! Semua ahli keluarga aku dari mak aku ayah aku adik adik aku cousin aku suami aku dan kenalan rapat semua tahu aku bermasalah dengan cicak ni. Eeeeuwwww arghhhhhhhhhhh!!!! Nampak dari jauh pun aku da meremang bulu roma nak nak muntah jangan kan kata dari dekat. Story cicak ni dengan aku memang banyak tapi semua ni bermula dari aku zaman sekolah rendah (arghh nak cerita pun rasa nak muntah da >.<)


Cerita dia macam ni...........Pada suatu pagi time tu aku baru pas mandi dan nak bersiap la pakai baju sekolah apa semua. Tetiba aku terpijak something yang lembik. Aku angkat kaki dan terus menjerit. Cicak tu masih hidup dan terus lari celah celah almari. OK situasi itu bukan pencetus fobia aku lagi. Hari hari aku berlalu macam biasa. Sekali tu situasi yang lebih kurang sama macam kat atas berlaku sekali lagi dalam hidup aku. Kali ni lebih drastik cos cicak tu gi tanggalkan ekor dia. Aku macam nak gila aku. Geli geleman segala macam lah rasa. Sejak tu lah aku terus fobia dengan cicak.


So kalau ada cicak mati ke nak kena buang ke aku orang pertama yang akan lari dulu. Adik beradik dah faham benarlah. Sampai mati pun aku tak kan sentuh cicak so thats why kalau ada hal hal berkaitan cicak mak dan ayah aku tak pernah suruh aku buat. Nanti aku keluar bilik terus tak keluar keluar. Bukan cicak je binatang yang seakan akan cicak @ menyerupai cicak memang aku tak leh berhadapan lah contoh macam biawak ke sumpah sumpah ke yang bersaudara la dengan cicak (ok memang rasa nak muntah now)


Menangis sebab cicak? Owh selalu dah. Pernah sekali kejadian tahun lepas masak aku nak masak untuk berbuka puasa. Tetiba ada cicak dekat dengan dapur aku nak masak tu. Aku yang fobia ni nangis nangis call en suami alik rumah tolong aku -____-" padahal dia tengah kerja tu. Tapi minta maaf la dengan cicak ni aku tak leh la nak bertoleransi.


Ayah aku memang suka ah sakat aku dengan cicak ni sebab dia tahu kelemahan aku. Setakat panggil aku suruh buang sampah konon nya then tetiba ada cicak itu then aku menjerit jerit lari lintang pukang. Haaa itu trick biasa da. Aku da paham bonar dah. Since asyik terkena aku dah pandai mengelak. (^00^) *bangga*


Then yang aku tak leh tahan masa aku tengah training kat kuantan awal tahun lepas. Aku stay umah makcik aku. Aku ada sebuku roti gardenia butterscotch dalam plastik. Time tu roti tu ada sebelah aku aku pulak tengah online. Time aku nak buka ambil roti tu tetiba ada bunyi dan aku namoak SEEKOR CICAK!!!!!! *damn chu cicak* terus aku tak makan roti tu. Siap jerit and lompat ninja lagi aku. Arghhhhhhhhhhh!!! Terpaksa aku minta tolong cousin aku kak long sue teman aku gi beli roti baru -_-" .


Aku tak faham jugak la kan asal KRU suka suka e nak buat cerita Cicakman tu. Aku rasa cerita paling bodoh ah! Gross gila OK. Damn betul. Bagi aku cicak la binatang paling hina kat alam muka bumi ni. Lagipun bunuh cicak dapat pahala so memang KAU HINA CICAK!!!!! Lenyaplah kau dari muka bumi ni! Yes kau cicak sialan! 


PS cakap pasal cicak memang membuatkan aku emo sikit *bukan sikit tapi banyak*

No comments:

Post a Comment