Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Bakal syawal =)

Hello and selamat malam. Aku tulis ni before aku nak mandi. Ya ya aku nak mandi kejap lagi ni. I called it midnight shower! Tapi hey sebenarnya mandi tengah malam ni tak bagus okehhh. Ok back to benda lain yang aku nak cakap...

So hari ni hari khamis bersamaan 16/08/12 lagi 3 hari dah nak raya =) but the sad thing is aku tak beli lagi baju raya ='( husben janji malam ni nak pergi cari so just wait and see. Bukan apa pada malam hari jumaat not malam jumaat okeh! me and husben nak mengemas rumah cos dah takde masa sangat dah. Aku kerja sampai sabtu. Tapi husben kerja sampai jumaat tak kan nak suruh dia buat kerja rumah sorang sorang kot kan.

Raya tahun ni maybe tak semeriah tahun tahun lepas cos my mum and adik adik beraya di cameron highlands. My dad beraya di kuantan and me beraya di temerloh. Ohh my sis efa beraya dengan family in laws dia di kajang. Yahhhh not so fun but jimat duit raya! Tahun lepas tukar duit raya RM 100 je itu pun tak habis. Last last aku buka angpau and guna balik duit tu -_-" Tahun ni pun just tukar RM 100 jugak kali ni pun dapat agak maybe tak habis punya. 

Arghhh sleepy >.<" dah la nak stop blogging and mandi lepas tu nak tidur. Nite!

Friday, August 10, 2012

Ramadhan ;)

Well hello there! We meet again. Yes for such a long time baru lah kita meet again ek :) What to do aku busy giler. Working working and more work. Anyway selamat menyambut bulan puasa aka ramadhan. Not to late i must say. So sekarang ni dah sepuluh ramadhan terakhir right? Yela kot. So sama sama la kita mencari keberkatan nya. Mana tahu insyallah masing masing bertemu malam Lailatulqadar :) AMIN

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hellooo.....

Selamat hari raya aidiladha semua! Raya ni bosan sedikit sebab hanya ada suami dan saya sahaja dirumah. My mum tak balik raya dekat temerloh ni. Mereka beraya di Cameron Highlands. Lagipun adik lelaki nak SPM tahun ni. Saya sudah tentu tak masak apa apa. Nak buat rendang jangan harap la bukan pandai pun. Kampung suami masak lemang, rendang ayan dan daging, siap ada buat sup daging lagi. Yummm kenyang makan tadi. Huhuhu :D

Mak dekat Cameron masak nasi impit, rendang ayam sebab kawan kawan dia nak datang. Semalam mak ada called saya. Sedikit perbualan kami dibawah.

Mak: Hello akak, kau kat mana?

Saya: Dekat rumah la.

Mak: Tak kerja ke?

Saya: Tak cuti sampai khamis.

Mak: Kau masak apa untuk raya esok?

Saya: Mana ada masak apa apa. Kang tinggal berdua je.

Mak: Hahahahahaha...Mak masak nasi impit dengan rendang ayam.

Saya: -_-

OK mak saya memang sengaja menyakitkan hati saya sebab dia tahu saya tak suka beraya jauh jauh dari dia T_T why mum oh why! (nangis dengar lagu raya walaupun hanya raya aidiladha)


PS jangan kacau saya tengah syahdu