Selamat hari raya aidiladha semua! Raya ni bosan sedikit sebab hanya ada suami dan saya sahaja dirumah. My mum tak balik raya dekat temerloh ni. Mereka beraya di Cameron Highlands. Lagipun adik lelaki nak SPM tahun ni. Saya sudah tentu tak masak apa apa. Nak buat rendang jangan harap la bukan pandai pun. Kampung suami masak lemang, rendang ayan dan daging, siap ada buat sup daging lagi. Yummm kenyang makan tadi. Huhuhu :D
Mak dekat Cameron masak nasi impit, rendang ayam sebab kawan kawan dia nak datang. Semalam mak ada called saya. Sedikit perbualan kami dibawah.
Mak: Hello akak, kau kat mana?
Saya: Dekat rumah la.
Mak: Tak kerja ke?
Saya: Tak cuti sampai khamis.
Mak: Kau masak apa untuk raya esok?
Saya: Mana ada masak apa apa. Kang tinggal berdua je.
Mak: Hahahahahaha...Mak masak nasi impit dengan rendang ayam.
Saya: -_-
OK mak saya memang sengaja menyakitkan hati saya sebab dia tahu saya tak suka beraya jauh jauh dari dia T_T why mum oh why! (nangis dengar lagu raya walaupun hanya raya aidiladha)
PS jangan kacau saya tengah syahdu
No comments:
Post a Comment