Showing posts with label Suami. Show all posts
Showing posts with label Suami. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

GILA TAK SEDIH!

OK ini memang cerita sedih. Si anak kucing bernama Jerry yang aku dan encik suami pernah ambil angkat dulu dah mati. Actually dah lama mati pun. After that encik suami jumpa anak kucing baru yang tersangat la adorable OK. Diberi nama TomTom oleh aku ni haa.


Haaa yang diatas tu lah TomTom. Very the comel kan kan. Tapi dia pun dah mati T____T... Tapi yang ni mati aku tak sedih sangat sebab aku tak sempat nak sayang dia. Even dah 2 ekor mati tapi encik suami still tak give up nak cari kucing lagi untuk dibela. Huh semangat betul K. Cos setiaphari dia sanggup lalu pasar semata cari kucing -____-"

At the end pada 28/01/11, hari tu aku MC half day cos demam bhai! Pas bawak aku gi klinik sempat lagi encik suami singgah pasar cari kucing. Kebetulan ada la makcik pasar yang sangat kind gila tanya cari kucing ke. Pastu dia bagitahu encik suami yang baru jap ada orang buang kucing. Ibu kucing bersama 3 ekor anak. Terus encik suami ambil.

Mula mula aku tak setuju sebab macam tak sanggup lagi da nak bela kucing. Yela asyik mati je even baru 2 ekor. Tapi semakin hari perasaan sayang tu makin melekat cos anak anak kucing tu very active and masih menyusu ibu dia lagi.

Nama si ibu kucing adalah Brownies, anak sulung nama Logan, anak 2nd nama Joey and last nama Cicik. Tapi kali ni tak de gambar la woi sebab encik suami sangat berpantang. Orang cakap tak leh tangkap gambar kucing nanti kucing tu cepat mati. Tak tahu la betul or tak kan. Tapi aku ada je ambik video diaorang (tanpa pengetahuan encik suami la -_-")

Anyway pada 18/02/11 Joey si anak tengah telah pun mati gara gara diserang oleh kcing jantan yang menjadi raja kucing taman perumahan ni. Cilaka kau kucing jantan! Hmmm sedih woi! Yang tak tahan encik suami yang call aku nangis nangis sebab Joey tu kesayangan dia weh.

Da ajal so tak leh buat apa la kan. Tapi setiap mereka ada keistimewaan tersendiri. OK itu post seterusnya kalau rajin aku cerita K.


PS aku sakit belakang ni..hurghhhhhhhhhh

Tuesday, November 16, 2010

Adab AISUNAM (sila terbalikkan)

Salam...

Hari ni biasa biasa sahaja. Esok Hari Raya Aidiladha but kat rumah ni saya dan suami tak buat apa apa, yela tinggal berdua nak masak apa lah sangat kan so esok beraya kat kampung suami la. Dekat je pun tak sampai 2 3 kilometer.

Mood hari ini agak terganggu sangat sangat pasal video budak budak zaman sekarang ni. Cium mulut depan orang ramai tak ada adab. OK saya pun bukan lah baik sangat sebelum kahwin tapi saya takde lah sampai nak buat benda benda macam tu depan public.

OK itu satu hal. Yang lebih menganggu fikiran saya mengenai video budak budak ni pukul kepala pengemis! Serius time tengok tu saya rasa nak menangis OK (saya mengaku saya memang seorang yang emosional sikit. Hmm OK bukan sikit tapi banyak). Apa salah uncle tu sampai budak budak tu buat dia macam tu.

Kita kat dunia ni hidup sekejap je. Dunia ni hanya pinjaman ALLAH kepada kita. Mengenangkan yang saya ni dah kahwin saya teramat la risau macam mana kalau saya ada anak nanti. Tapi seperti kata suami saya "nanti kita bagi didikan agama yang cukup buat anak kita". Aaauww rasa amat terharu dengan suami. Saya tak lah sempurna tapi dia sentiasa mengucapkan kata kata yang dapat menenangkan saya :)

Saya sayang suami saya :D even saya selalu buat dia tersinggung :( sebab saya wanita degil and keras kepala and pantang ditegur (OK tak lah seteruk bunyi saya ni)

OK dah cukup ada post lain nak buat. Chow sin chi!