Tuesday, November 16, 2010

Adab AISUNAM (sila terbalikkan)

Salam...

Hari ni biasa biasa sahaja. Esok Hari Raya Aidiladha but kat rumah ni saya dan suami tak buat apa apa, yela tinggal berdua nak masak apa lah sangat kan so esok beraya kat kampung suami la. Dekat je pun tak sampai 2 3 kilometer.

Mood hari ini agak terganggu sangat sangat pasal video budak budak zaman sekarang ni. Cium mulut depan orang ramai tak ada adab. OK saya pun bukan lah baik sangat sebelum kahwin tapi saya takde lah sampai nak buat benda benda macam tu depan public.

OK itu satu hal. Yang lebih menganggu fikiran saya mengenai video budak budak ni pukul kepala pengemis! Serius time tengok tu saya rasa nak menangis OK (saya mengaku saya memang seorang yang emosional sikit. Hmm OK bukan sikit tapi banyak). Apa salah uncle tu sampai budak budak tu buat dia macam tu.

Kita kat dunia ni hidup sekejap je. Dunia ni hanya pinjaman ALLAH kepada kita. Mengenangkan yang saya ni dah kahwin saya teramat la risau macam mana kalau saya ada anak nanti. Tapi seperti kata suami saya "nanti kita bagi didikan agama yang cukup buat anak kita". Aaauww rasa amat terharu dengan suami. Saya tak lah sempurna tapi dia sentiasa mengucapkan kata kata yang dapat menenangkan saya :)

Saya sayang suami saya :D even saya selalu buat dia tersinggung :( sebab saya wanita degil and keras kepala and pantang ditegur (OK tak lah seteruk bunyi saya ni)

OK dah cukup ada post lain nak buat. Chow sin chi!

No comments:

Post a Comment