Saturday, September 1, 2012

Counter Attack?

Pada mula nya memang aku rasa sangat sangat helpless tapi suddenly aku jadi semangat gila nak counter attack. WTF aku jadi lemah longlai. Kita tengok siapa yang akan kecundang nanti! Me or Him! Oii! Semangat ko ni sangat makcik! *tepuk dahi* 

Apa apa pun aku dah tekad. I will do the same what he do =) nak rosak biar sama sama rosakkan. Tak perlu salahkan orang lain dalam hal konon konon kau rosak sebab pressure. Hoi dah besar kot! Boleh fikir baik buruk. Haktuiii!

Sebenarnya semua benda boleh handle dengan baik if kita selalu dekatkan diri dengan ALLAH. Alasan je lah. Ah malas bebel panjang cos nanti jadi bebal!

Friday, August 31, 2012

Helpless.....

Hari hari yang mendatang sekarang ni memang aku sangat tak berdaya. Apabila kau mengetahui suatu kebenaran yang amat mendukacitakan diri apakah yang harus dilakukan... Buat masa sekarang jalan terbaik bagi aku adalah memendam..ya memendam perasaan.. Keaiban seseorang harus ditutup dan ini membuatkan aku terseksa. Kadang kadang terduduk aku menangis ya menangisi kebenaran yang aku terima. Aku derita keseorangan dan aku terkedu sendiri apabila tuan empunya diri masih boleh berlagak berlakon seolah olah tiada apa yang berlaku. 

Aku harus senyap. Diri dilarang berbunyi membutirkan patah patah perkataan yang berkaitan pun tidak dibenarkan. Hanya DIA yang mengetahui apa yang bergolak jauh disudut hati aku. Dan pada DIA aku sering bersujud memohon petunjuk. Dan pada DIA aku berserah sekarang.

Andai kau mengetahui apa yang aku rasa mesti kau terkedu. Kau menyuruh aku mempercayai kau tetapi bagaimana aku boleh mempercayai kau sekiranya setiap apa yang kau lakukan mencurigakan hati ini. Tidak nampak yang kau akan berubah walaupun aku sedang berubah ke arah kebaikan. Aku yakin yang kau tak nampak perubahan aku kerna kau terlalu leka dengan dunia kau.

Kini aku hanya mampu berdoa dan berserah ke DIA agar kau berubah. Kerna syurga ku ditapak kaki mu..

Thursday, August 16, 2012

Emma Stone III

My Girl Crush since like forever!!!!!!!!!! You look gorgeous in blonde sayang =)





Bakal syawal =)

Hello and selamat malam. Aku tulis ni before aku nak mandi. Ya ya aku nak mandi kejap lagi ni. I called it midnight shower! Tapi hey sebenarnya mandi tengah malam ni tak bagus okehhh. Ok back to benda lain yang aku nak cakap...

So hari ni hari khamis bersamaan 16/08/12 lagi 3 hari dah nak raya =) but the sad thing is aku tak beli lagi baju raya ='( husben janji malam ni nak pergi cari so just wait and see. Bukan apa pada malam hari jumaat not malam jumaat okeh! me and husben nak mengemas rumah cos dah takde masa sangat dah. Aku kerja sampai sabtu. Tapi husben kerja sampai jumaat tak kan nak suruh dia buat kerja rumah sorang sorang kot kan.

Raya tahun ni maybe tak semeriah tahun tahun lepas cos my mum and adik adik beraya di cameron highlands. My dad beraya di kuantan and me beraya di temerloh. Ohh my sis efa beraya dengan family in laws dia di kajang. Yahhhh not so fun but jimat duit raya! Tahun lepas tukar duit raya RM 100 je itu pun tak habis. Last last aku buka angpau and guna balik duit tu -_-" Tahun ni pun just tukar RM 100 jugak kali ni pun dapat agak maybe tak habis punya. 

Arghhh sleepy >.<" dah la nak stop blogging and mandi lepas tu nak tidur. Nite!

Friday, August 10, 2012

Ramadhan ;)

Well hello there! We meet again. Yes for such a long time baru lah kita meet again ek :) What to do aku busy giler. Working working and more work. Anyway selamat menyambut bulan puasa aka ramadhan. Not to late i must say. So sekarang ni dah sepuluh ramadhan terakhir right? Yela kot. So sama sama la kita mencari keberkatan nya. Mana tahu insyallah masing masing bertemu malam Lailatulqadar :) AMIN

Monday, March 5, 2012

Pweettyy Girlss :D

CAN I SAY THAT I REALLY REALLY LOVE PRETTY GIRLS? Yup totally love them :) Haha so what if aku suka tengok perempuan cantik. Memang dah sedia cantik kan ciptaan ALLAH swt =) but kena cantik luar cantik dalam la. Whats the point kalau luar cantik gile but dalam busuk macam bangkai. Haha itu je nak cakap :)

Monday, December 5, 2011

Salam love =D

Wah lama gile tak update blog. Am kinda busy with sekarang ni plus lebih mudah menggunakan twitter nowaday. Anyway nak update sikit about beauty product that am using now. Before ni aku pernah post Kau makan vitamin tak? Aku ni masalah acne memang agak teruk sikit. Sebelum sebelum ni aku ada search pasal produk nama Tab Ex dan aku dah try pun. For me produk tu memang berkesan la. Tab Ex adalah produk pemakanan dari korea. 


Mula mula memang la takut nak cuba but dah cuba dan memang sesuai dengan aku. Aku makan 2 biji tengahari dan 2 biji malam. Untuk yang tak serius acne makan 1 biji siang dan 1 biji malam dah cukup. Tab Ex lebih kepada kecantikan starting from inside to outside.Yang membuatkan Tab Ex ni lagi berkesan dengan aku adalah Tab High Definition (HD) dan Detoxifying Facial Soap. Tak yah banyak cakap jom aku tunjuk gambar produk tu.




Tab Ex yang aku pakai botol hijau tu. Yang biru for men Tab XY.

 Ni soap dia. Selalu aku potong 8 bahagian can last til 2 months.

HD ni yang most aku suka gile! Dan sayang sangat cos dia macam miracle SKII but lagi jimat la.

So there u go about my new favourite things now. My hubs pun adalah masalah acne dan aku suruh dia just pakai Tab soap je. Berkesan dengan dia juga and his happy about it. 

And one more my kesayangan...dulu aku pakai HD siang dan malam. Sekarang cuma pakai siang je sebab malam aku pakai benda lain. Nak tahu apa dia? Its Vitamin E!!! Ya ya i know i know. Mesti korang cakap "what the BBQ! semua orang pun tahu about vitamin E dan makan vitamin E!". But the question is do you wear the vitamin E like i do?? Hahaha..Secret ni sebenarnya adik aku yang ceritakan about her friend ada acne problem and her sister that work at the pharmacy ask her to use vitamin E on her face bla bla bla.....

Dari situlah aku cuba untuk berani kan diri. Seriously..seriously u guys memang benda ni sangat berkesan! Malam pertama aku pakai esok dah terasa my face skin macam best je. So i continue and it work like magic! Sedang sedang jerawat nak naik then pakai esok terus je tak nak. Even my acne scar macam dah starting to go away. Product that i used are below! Scroll ke bawah!

This is it!

Dalam dia macam ni so i just cucuk dengan jarum dan picit keluar. Sapu kat muka sampai rata dan tidur!


Alhamdulillah my acne problem almost, dengar ya ALMOST gone tapi masih dalam proses :) After this am gonna tell u guys about masker that i use. Dan aku sangat suka benda ni.


ps semua gambar dalam ni aku ambil kat google. not mine :)
pss all my Tab Ex product i buy from this girl on FB Aerin Johan can buy ftom others to but she nice :P and pweeetyy