Hari hari yang mendatang sekarang ni memang aku sangat tak berdaya. Apabila kau mengetahui suatu kebenaran yang amat mendukacitakan diri apakah yang harus dilakukan... Buat masa sekarang jalan terbaik bagi aku adalah memendam..ya memendam perasaan.. Keaiban seseorang harus ditutup dan ini membuatkan aku terseksa. Kadang kadang terduduk aku menangis ya menangisi kebenaran yang aku terima. Aku derita keseorangan dan aku terkedu sendiri apabila tuan empunya diri masih boleh berlagak berlakon seolah olah tiada apa yang berlaku.
Aku harus senyap. Diri dilarang berbunyi membutirkan patah patah perkataan yang berkaitan pun tidak dibenarkan. Hanya DIA yang mengetahui apa yang bergolak jauh disudut hati aku. Dan pada DIA aku sering bersujud memohon petunjuk. Dan pada DIA aku berserah sekarang.
Andai kau mengetahui apa yang aku rasa mesti kau terkedu. Kau menyuruh aku mempercayai kau tetapi bagaimana aku boleh mempercayai kau sekiranya setiap apa yang kau lakukan mencurigakan hati ini. Tidak nampak yang kau akan berubah walaupun aku sedang berubah ke arah kebaikan. Aku yakin yang kau tak nampak perubahan aku kerna kau terlalu leka dengan dunia kau.
Kini aku hanya mampu berdoa dan berserah ke DIA agar kau berubah. Kerna syurga ku ditapak kaki mu..
No comments:
Post a Comment