Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hellooo.....

Selamat hari raya aidiladha semua! Raya ni bosan sedikit sebab hanya ada suami dan saya sahaja dirumah. My mum tak balik raya dekat temerloh ni. Mereka beraya di Cameron Highlands. Lagipun adik lelaki nak SPM tahun ni. Saya sudah tentu tak masak apa apa. Nak buat rendang jangan harap la bukan pandai pun. Kampung suami masak lemang, rendang ayan dan daging, siap ada buat sup daging lagi. Yummm kenyang makan tadi. Huhuhu :D

Mak dekat Cameron masak nasi impit, rendang ayam sebab kawan kawan dia nak datang. Semalam mak ada called saya. Sedikit perbualan kami dibawah.

Mak: Hello akak, kau kat mana?

Saya: Dekat rumah la.

Mak: Tak kerja ke?

Saya: Tak cuti sampai khamis.

Mak: Kau masak apa untuk raya esok?

Saya: Mana ada masak apa apa. Kang tinggal berdua je.

Mak: Hahahahahaha...Mak masak nasi impit dengan rendang ayam.

Saya: -_-

OK mak saya memang sengaja menyakitkan hati saya sebab dia tahu saya tak suka beraya jauh jauh dari dia T_T why mum oh why! (nangis dengar lagu raya walaupun hanya raya aidiladha)


PS jangan kacau saya tengah syahdu

Tuesday, November 16, 2010

Passion

Nafsu membeli belah sekali lagi menghantui diri T_T. Kali ni dah beli dua pasang kasut just tunggu sampai je. Ohhh habis duit. Tapi tak tahan OK =.= Dua kasut kat bawah ni saya hanya perlu menanti kedatangan diaorang melalui pos laju je. Next week baru dapat. Ehemm confirm saya nampak handsome nanti :D

Presley - Vintage Blue

Studded Cross Wedges - Tan

PS kasut kasut ni boleh didapati di http://theglammarket.blogspot.com most of my shoes are from here :) fully satisfied guarantee

Adab AISUNAM (sila terbalikkan)

Salam...

Hari ni biasa biasa sahaja. Esok Hari Raya Aidiladha but kat rumah ni saya dan suami tak buat apa apa, yela tinggal berdua nak masak apa lah sangat kan so esok beraya kat kampung suami la. Dekat je pun tak sampai 2 3 kilometer.

Mood hari ini agak terganggu sangat sangat pasal video budak budak zaman sekarang ni. Cium mulut depan orang ramai tak ada adab. OK saya pun bukan lah baik sangat sebelum kahwin tapi saya takde lah sampai nak buat benda benda macam tu depan public.

OK itu satu hal. Yang lebih menganggu fikiran saya mengenai video budak budak ni pukul kepala pengemis! Serius time tengok tu saya rasa nak menangis OK (saya mengaku saya memang seorang yang emosional sikit. Hmm OK bukan sikit tapi banyak). Apa salah uncle tu sampai budak budak tu buat dia macam tu.

Kita kat dunia ni hidup sekejap je. Dunia ni hanya pinjaman ALLAH kepada kita. Mengenangkan yang saya ni dah kahwin saya teramat la risau macam mana kalau saya ada anak nanti. Tapi seperti kata suami saya "nanti kita bagi didikan agama yang cukup buat anak kita". Aaauww rasa amat terharu dengan suami. Saya tak lah sempurna tapi dia sentiasa mengucapkan kata kata yang dapat menenangkan saya :)

Saya sayang suami saya :D even saya selalu buat dia tersinggung :( sebab saya wanita degil and keras kepala and pantang ditegur (OK tak lah seteruk bunyi saya ni)

OK dah cukup ada post lain nak buat. Chow sin chi!

Sunday, November 14, 2010

Exam PTD dan Azam Tahun Baru 2011

Dapat exam PTD lagi. Hari tu bulan 6 dah pergi. Hmm pelik gak kena panggil lagi tapi kali ini saya tak dapat nak pergi. Ohhh sedih L Sebabnya exam tu dijalankan pada hari sabtu dan serentak dengan exam KPLI. Hari sabtu saya kena kerja but boleh ambil cuti tapi masalahnya dua orang lagi staff kat office tu dapat exam KPLI. Duhhhh tak kan aku nak pentingkan diri kot. So terpaksa lepaskan peluang ni. Insyallah ada rezeki dapatlah panggilan itu lagi.

AZAM TAHUN BARU 2011

- buy a camera
- saving money for holiday
- get a new job
- cari extra money
- change new glasses
- make extra money
- terminate 1 credit card
- drink more water
- start exercise
- eat healthy
- buy more shoes :D

Oh azam saya banyak lagi tapi saya tulis yang mana penting dulu :D

Dalam Kepala Saya

Oh banyak benda yang bermain difikiran saya buat masa sekarang. Sekarang ni hari Ahad bersamaan 14 November 2010 so start hari ni saya akan bercuti selama 5 hari. Wow sangat best :D Penat bekerja sebagai kuli ni wehhh. Then bulan 12 nanti cuti seminggu pula. Best nya!

Esok saya akan pergike klinik untuk cek samada saya preggy or tak. Perasaan saya? Takut sebab saya memang nak sangat anak :( Even saya masih muda and baru kahwin tapi siapa tak nak anak kan :)

Apa azam tahun baru korang semua? Saya ada banyak azam. Haaa nanti saya pos kan :D

Friday, November 5, 2010

Tetiba

Tengah duduk duduk ni dalam kepanasan tetiba dengar lagu 30 Seconds to Mars. OK fine saya memang ada crush pada lead singer dia -_-

OK tukar topik. 2nd November haritu birthday suami saya. Malam tak celebrate pun cos tidur awal but actually saya lupa =.= but that morning i make something sweet. Ambil shave cream dia and tulis "HAPPY BIRTHDAY LOVE". Dia bangun pagi masuk toilet then keluar toilet with smile. OK saya rasa happy (kenapa saya pula yang happy? OK whatever)

Belikan dia New York Cheese Cake. Thats it! Hmm sorry sangat kat suami cos tak dapat buat yang best best due to my working hours yang gila panjang. Tahun depan special punya I PROMISE :)

Pagi tadi dapat panggilan from my mum. My little brother nak bercakap dengan saya. Poor him, dia demam dah 2hari :( dia miss his big sister. Auwwww sedih ok. Dia bila sakit akan sangat teruk, kalau makan mesti muntah. Lepas cakap dengan saya, cakap pula dengan suami aka Abang Long. Heard his laughing on the phone :) dia sangat rapat dengan suami saya. Playing game sama sama pastu dua dua kena marah dengan saya. 2orang lelaki kesayangan dalam hidup saya :)

Sleepy ah!