Monday, December 27, 2010

Ahli Keluarga Baru

Yay aku ada anak kucing :) Kucing jalanan yang dijumpai oleh saya dengan suami semasa dikedai makan. Kami namakan dia JERRY even kucing itu adalah kucing betina :D Suami lah yang letak sebab dia nak anak kucing kami jadi lincah seperti tikus kecil dalam cerita Tom and Jerry tu.. Hahaha comel bukan.

Before anak kucing itu diambil angkat oleh kami, tuan kedai dah beritahu yang kucing tu tak ada tuan. Sayang sangat. Sebab Jerry kucing yang baik :)

Hai nama saya Jerry :)

Tuesday, December 14, 2010

Aku Pandai Masak Ke??

Penggunaan perkataan saya ditukar kepada aku. Hmm rasa lebih friendly sikit. Haahaha

Dinner tadi aku masak ikan siakap 3 rasa. Sebenarnya saja nak try, resepi pon cari kat google. Huhu OK fine boleh la tahan sebab adik and cousin kecik cakap sedap. Suami pulak bagi komen dah sedap tapi dia mahu saya buat sampai betul betul lagi sedap lain story nya sedap mcm kat kedai la. But foe me OK la tu cos first try maa da kena puji sedap. Itu pun sampai tak cukup seekor ikan tadi. Muahahahaha *evil laugh*

Esok diaorg mintak menu sama tapi aku tukat ikan kerapu pulak. Hope turnout lagi sedap dari hari ni punya.

Hari ni dah selasa. Rabu aku dah start kerja balik. Damn cuti 11 hari rasa macam sekejap je berlalu :( Time cuti ni pun aku dah dapat berita tak best. Branch head aku berhenti kerja starting 24 haribulan ni. Damn. Dia dah la branch head terbaik aku rasa. Hmm apa apa je la. Penganti dia masih tak ada lagi. Hope dapat yang OK la kalau KO mati la.

Hmmm nak tidur la. Yaaayaayoooooo

Sunday, December 12, 2010

Macaron or Macaroon?

Sekarang dah bulan 12 mean bulan 1 bakal tiba.. Hmm makin tua dah weh. Eh siapa pernah dengar pasal "macaron". Ramai gak yang sekarang tengah bising bising makan benda ni. Teringin la pulak kan nak makan. Tapi saya ni duduk temerloh malas nak naik kl. Dah minta kat suami nak makan tapi masa kami ni terhad. Huhu OK OK saya tetap akan dapat makan jugak. Pada siapa yang ta tahu apa itu macaron meh saya terangkan.

Yang paling penting sekali adalah MACARON dan MACAROON adalah benda yang sangat lain. So sila jangan confius tau.

MACARON - A macaron is a sweet confectionery. Its name is derived from an Italian word "maccarone" or "maccherone". This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient. It is meringue-based: made from a mixture of egg whites, almond flour, and both granulated and confectionery sugar.The confectionery is characterized by its smooth, domed top, ruffled circumference (referred to as the "foot"), flat base, mildly moist and easily melted into mouths. Connoisseurs prize a delicate, egg shell-like crust that yields to a moist and airy interior. The macaron is commonly filled with a buttercream or jam filling sandwiched between two macaron cookies.Macarons can be found in a wide variety of flavors that range from the traditional (raspberry, chocolate) to the new (truffle, green matcha tea). Since the English word macaroon can also refer to the Coconut macaroon, many have adopted the French spelling of macaron to distinguish the two items in the English language. However, this has caused confusion over the correct spelling of the cookie. Some recipes exclude the use of macaroon to refer to this French confection while others think that they are synonyms.

MACAROON - The word macaroon is applied to a variety of light, baked confections, described as either small cakes or meringue-like cookies depending on their consistency.
The original macaroon was a "small sweet cake consisting largely of ground almonds" similar to Italian or Moroccan amaretti. The English word macaroon and French macaron come from the Italian maccarone or maccherone. This word is itself derived fromammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient. Most recipes call for egg whites (usually whipped to stiff peaks), with ground or powdered nuts, generally almond or coconut. Almost all call for sugar. Macaroons are commonly baked on edible rice paper placed on a baking tray.

Ok dah faham? Semua sumber diatas diambil dari Macaron and Macaroon. Kat bawah ni pula saya sediakan gambar gambar untuk tatapan semua.

MACARON

MACAROON

So lepas ni saya memang nak makan sangat benda alah ni OK. Nyummmmm. Saya letakkan memakan benda alah ni sebagai azam tahum baru saya. Hahahaha suka hati la :P

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hellooo.....

Selamat hari raya aidiladha semua! Raya ni bosan sedikit sebab hanya ada suami dan saya sahaja dirumah. My mum tak balik raya dekat temerloh ni. Mereka beraya di Cameron Highlands. Lagipun adik lelaki nak SPM tahun ni. Saya sudah tentu tak masak apa apa. Nak buat rendang jangan harap la bukan pandai pun. Kampung suami masak lemang, rendang ayan dan daging, siap ada buat sup daging lagi. Yummm kenyang makan tadi. Huhuhu :D

Mak dekat Cameron masak nasi impit, rendang ayam sebab kawan kawan dia nak datang. Semalam mak ada called saya. Sedikit perbualan kami dibawah.

Mak: Hello akak, kau kat mana?

Saya: Dekat rumah la.

Mak: Tak kerja ke?

Saya: Tak cuti sampai khamis.

Mak: Kau masak apa untuk raya esok?

Saya: Mana ada masak apa apa. Kang tinggal berdua je.

Mak: Hahahahahaha...Mak masak nasi impit dengan rendang ayam.

Saya: -_-

OK mak saya memang sengaja menyakitkan hati saya sebab dia tahu saya tak suka beraya jauh jauh dari dia T_T why mum oh why! (nangis dengar lagu raya walaupun hanya raya aidiladha)


PS jangan kacau saya tengah syahdu

Tuesday, November 16, 2010

Passion

Nafsu membeli belah sekali lagi menghantui diri T_T. Kali ni dah beli dua pasang kasut just tunggu sampai je. Ohhh habis duit. Tapi tak tahan OK =.= Dua kasut kat bawah ni saya hanya perlu menanti kedatangan diaorang melalui pos laju je. Next week baru dapat. Ehemm confirm saya nampak handsome nanti :D

Presley - Vintage Blue

Studded Cross Wedges - Tan

PS kasut kasut ni boleh didapati di http://theglammarket.blogspot.com most of my shoes are from here :) fully satisfied guarantee

Adab AISUNAM (sila terbalikkan)

Salam...

Hari ni biasa biasa sahaja. Esok Hari Raya Aidiladha but kat rumah ni saya dan suami tak buat apa apa, yela tinggal berdua nak masak apa lah sangat kan so esok beraya kat kampung suami la. Dekat je pun tak sampai 2 3 kilometer.

Mood hari ini agak terganggu sangat sangat pasal video budak budak zaman sekarang ni. Cium mulut depan orang ramai tak ada adab. OK saya pun bukan lah baik sangat sebelum kahwin tapi saya takde lah sampai nak buat benda benda macam tu depan public.

OK itu satu hal. Yang lebih menganggu fikiran saya mengenai video budak budak ni pukul kepala pengemis! Serius time tengok tu saya rasa nak menangis OK (saya mengaku saya memang seorang yang emosional sikit. Hmm OK bukan sikit tapi banyak). Apa salah uncle tu sampai budak budak tu buat dia macam tu.

Kita kat dunia ni hidup sekejap je. Dunia ni hanya pinjaman ALLAH kepada kita. Mengenangkan yang saya ni dah kahwin saya teramat la risau macam mana kalau saya ada anak nanti. Tapi seperti kata suami saya "nanti kita bagi didikan agama yang cukup buat anak kita". Aaauww rasa amat terharu dengan suami. Saya tak lah sempurna tapi dia sentiasa mengucapkan kata kata yang dapat menenangkan saya :)

Saya sayang suami saya :D even saya selalu buat dia tersinggung :( sebab saya wanita degil and keras kepala and pantang ditegur (OK tak lah seteruk bunyi saya ni)

OK dah cukup ada post lain nak buat. Chow sin chi!

Sunday, November 14, 2010

Exam PTD dan Azam Tahun Baru 2011

Dapat exam PTD lagi. Hari tu bulan 6 dah pergi. Hmm pelik gak kena panggil lagi tapi kali ini saya tak dapat nak pergi. Ohhh sedih L Sebabnya exam tu dijalankan pada hari sabtu dan serentak dengan exam KPLI. Hari sabtu saya kena kerja but boleh ambil cuti tapi masalahnya dua orang lagi staff kat office tu dapat exam KPLI. Duhhhh tak kan aku nak pentingkan diri kot. So terpaksa lepaskan peluang ni. Insyallah ada rezeki dapatlah panggilan itu lagi.

AZAM TAHUN BARU 2011

- buy a camera
- saving money for holiday
- get a new job
- cari extra money
- change new glasses
- make extra money
- terminate 1 credit card
- drink more water
- start exercise
- eat healthy
- buy more shoes :D

Oh azam saya banyak lagi tapi saya tulis yang mana penting dulu :D

Dalam Kepala Saya

Oh banyak benda yang bermain difikiran saya buat masa sekarang. Sekarang ni hari Ahad bersamaan 14 November 2010 so start hari ni saya akan bercuti selama 5 hari. Wow sangat best :D Penat bekerja sebagai kuli ni wehhh. Then bulan 12 nanti cuti seminggu pula. Best nya!

Esok saya akan pergike klinik untuk cek samada saya preggy or tak. Perasaan saya? Takut sebab saya memang nak sangat anak :( Even saya masih muda and baru kahwin tapi siapa tak nak anak kan :)

Apa azam tahun baru korang semua? Saya ada banyak azam. Haaa nanti saya pos kan :D

Friday, November 5, 2010

Tetiba

Tengah duduk duduk ni dalam kepanasan tetiba dengar lagu 30 Seconds to Mars. OK fine saya memang ada crush pada lead singer dia -_-

OK tukar topik. 2nd November haritu birthday suami saya. Malam tak celebrate pun cos tidur awal but actually saya lupa =.= but that morning i make something sweet. Ambil shave cream dia and tulis "HAPPY BIRTHDAY LOVE". Dia bangun pagi masuk toilet then keluar toilet with smile. OK saya rasa happy (kenapa saya pula yang happy? OK whatever)

Belikan dia New York Cheese Cake. Thats it! Hmm sorry sangat kat suami cos tak dapat buat yang best best due to my working hours yang gila panjang. Tahun depan special punya I PROMISE :)

Pagi tadi dapat panggilan from my mum. My little brother nak bercakap dengan saya. Poor him, dia demam dah 2hari :( dia miss his big sister. Auwwww sedih ok. Dia bila sakit akan sangat teruk, kalau makan mesti muntah. Lepas cakap dengan saya, cakap pula dengan suami aka Abang Long. Heard his laughing on the phone :) dia sangat rapat dengan suami saya. Playing game sama sama pastu dua dua kena marah dengan saya. 2orang lelaki kesayangan dalam hidup saya :)

Sleepy ah!


Wednesday, September 15, 2010

Nak lagi....PLEASE!

Siapa siapa yang mengenali saya pasti mengetahui yang saya teramat suka membeli dan mengumpul kasut. From all type of shoes. Heel, wedges or flat semua ada yang tak ada lagi sekarang ni adalah clog sahaja.

Semalam saya ke kuantan pun dah gatal gatal beli 1 flat shoes. OMG memang tak boleh tahan nafsu pada kasut -_-"

Dan kasut idaman saya sekarang adalah dibawah......Dah order pun, tunggu sampai je :D

Dolce & Gabbanna 2010 Suede Face Wedges



PS picture credit to ANTONIA from http://www.liveglamordie.com

Monday, September 13, 2010

Selamat Ulang Tahun

Hari ini 13 Sept genap umur saya yang ke 25. Wah cepat betol masa berlalu tapi tak terasa tua pun sangat. Hihihi.

Tapi yang best ulang tahun kali ini amat bermakna sebab pelbagai peristiwa menarik berlaku. Serta tahun pertama hari lahir bersama suami tercinta >LOVE<

Sesi pertama:

Tepat pukul 12 malam. Sedang saya tengah sedap melayari internet sambil meniarap atas katil tiba tiba adik saya yang ke 2 buka pintu dan menutup lampu sambil tersengih sengih. Weird gila ok rasa time tu. Kemudian masuk la si suami saya membaca sepotong kek dan sebatang lilin. ok ini lagi weird sebab itu bukan lilin orang buat birthday party but lilin yang orang pakai time letrik padam -__-" Rupanya mereka dah berpakat dan puas selongkar satu rumah cari lilin kecik tapi tak jumpa. Kesian betul :D

Sesi kedua:

Pukul 12.05 malam. Tiga orang adik perempuan duduk depan pintu bilik buat koir lagu birthday. Hahahahaha macam sengal nak mampus diaorang nyanyi. Tapi sangat terharu :')

Sesi ketiga:

Pukul 8.35 pagi mak tengah tengok tivi time tu saya tengah tunggu suami hantar nak pergi kerja. Mak hulur something kat tangan, ingatkan apa rupanya duit RM500! Mak cakap hari tu time konvo mak nak bagi hadiah so mak bagi duit je untuk saya beli hadiah itu sendiri. Wahhhh terima kasih mak :') Mula mula tolak sebab segan but amik juga :P

Sesi keempat:

Pukul 8.50 pagi. New colleague nyanyi lagu birthday kuat kuat time saya tengah buka pintu office. Dia memang macam budak budak -__-"

Sesi kelima:

Pukul 6.30 petang. Time saya tengah rushing rushing buat kerja suddenly my colleague buat surprise dengan bawa kek. OMG sangat segan ok >.< especially with my boss. Muka jadi sangat panas. But really tak sangka diaorang akan buat macam tu :D

Sesi keenam:

Pukul 8.30 malam. Makan steamboat with my family and mother in law celebrate my birthday :)


Harus saya akui saya teramat gembira :)

Sunday, August 29, 2010

Shoes and bags

Ok baiklah saya mengaku yang saya adalah masalah dengan kasut dan beg tangan :(

Saya suka sangat beli sampai dah tak terkira dalam almari tu dan saya masih terusan beli :(

Hobi paling terbaru sekarang adalah beli kain cotton pula >.<

Paling mahal saya beli 4meters = RM 240!!

Saya perlukan bantuan sekarang juga tetapi kalau ikutkan saya perlukan retail terapi :(


PS macam mana ni!!!!

Manusia Terhebat

Ada manusia yang sering menganggap dia yang paling hebat. Konon dia yang sempurna so orang lain adalah haprak! Hmm saya sering bergurau dengan kawan kawan bahawa saya yang paling hebat dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan tapi itu hebat secara gurauan.

Tetapi manusia yang talam dua muka atau bertalam talam muka dia macam mana pula. Baiklah terima kasih atas kutukan anda kepada saya. saya sedar yang saya tak sempurna mungkin kerana saya gemuk tapi perlukan saya menjadi seperti kalian yang muka bajet lawa serta kurus tapi berhati busuk? Owhh tak perlu! Saya sanggup gemuk dari mempunyai hati yang busuk seperti anda.

Kamu selalu berkata "what goes around comes around". Dengan bangga kamu sering berkata begitu tetapi kamu tidak sedar apa yang terjadi pada kamu adalah kerana pepatah kamu itu sendiri.

Saya bermusuh dengan perempuan itu dan kamu sebagai kawan dia tidak ada hak untuk melakukan atau berkata apa apa mengenai saya. But well kamu memang penyibuk. Saya tak perlu nak masukkan kawan kawan saya dalam hal kutuk mengutuk pasal kamu sebab dah macam budak sekolah rendah.

Wahai perempuan tua, sedarlah yang saya lebih muda dari kamu tetapi malangnya kamu bertindak lebih kebudak budakan. Sila sedar diri.


PS tak marah pun cuma nasihat :)

Friday, August 27, 2010

Selamat Kembali

Hmmm lama betol aku tak update blog ni. Siap sawang-sawang lagi. Hoho.. Well one thing for sure is that im already married! :)

Tarikh bersejarah pada 11 Jun 2010. Sekarang aku seorang isteri kepada seorang lelaki bernama YUSRI RUZAINI. What i have to say is married life sangat fun :)

Dan sekarang ni bulan Ramadhan yang mulia bermakna tahun pertama aku berpuasa bersama suami :)

Indah dunia.


Saturday, January 23, 2010

Bakal Buruh

Woo aku sangat busy sejak kebelakangan ini. Dari kuantan pergi ke temerloh then back to cameron highlands and now aku kat temerloh but tomorrow aku akan ke kuantan. Guess what! Aku baru dapat kerja kat Aeon Credit Services. Isnin ni aku akan start kerja well aku memang la excited gila cos this is my first real job after finish study and aku jugak sibuk dengan persiapan perkahwinan aku bulan jun ni. Hahahaha

Anyway, aku memang tak sabar nak merasai pengalaman baru ni. Wish me luck ok!

Thursday, January 7, 2010

BurgerMbira?

Ada setengah kawan-kawan aku yang bertanya apa sudah jadi pada semua post lama aku sepanjang 2008? Jawapan dia senang sahaja. Aku dah delete semua. Bukan apa demi kebaikan tahun baru ini :)

Sekarang aku berada di kuantan, pahang. Lepak rumah makcik dan semalam aku dengan sepupu aku keluar makan malam. Aku dah lama teringin nak makan burger kat satu tempat ni. Nama kedai ni BurgerMbira dan yang boleh aku cakap memang best. Aku dapat tahu pun dari blogger lain.


Ni la kedai kecil yang comel itu. Terletak di Jalan Air Puteh, sebelah kedai makan saffron.

Ni burger yang aku makan. Nama nya Burgertahh. Haha kelakar nama.
Berharga RM4.50
Dalam burger ni ada 2daging ayam+telur+mayonis+cheese+nenas

So siapa-siapa yang ada kat kuantan tu sila la kunjungi tempat ni. Ditambah dengan keramahan tuan empunya kedai memang best la. Mereka juga ada facebook BurgerMbira, sangat best bukan dan juga boleh dapat wifi di sini!


Tuesday, January 5, 2010

New Year New Start

Sekarang dah masuk tahun baru so aku bertekad mahu menaik taraf blog aku ini. Setakat ini permulaan tahun baru aku masih suram dan aku masih mencari kerja. Aku harap dalam masa terdekat ini aku akan mendapat kerja supaya aku boleh mula menyimpan duit. Bulan 6 dah tak lama, debaran semakin terasa dan banyak persiapan yang masih belum siap.

Ok lah i need to out for a while. Will be back later on.

P/s:Sekarang aku tengah upgrade blog aku jadi serabut sikit buat masa sekarang.