Sunday, March 27, 2011

LIZARDOPHOBIA *panjang wooo kisah aku ni*

Apa itu LIZARDOPHOBIA ?? Apa apa??!!! OK maksudnya adalah fobia pada segala jenis macam cicak. Tak kisahlah cicak tokek ke kampung ke. AKU MEMANG FOBIA OK!!! Semua ahli keluarga aku dari mak aku ayah aku adik adik aku cousin aku suami aku dan kenalan rapat semua tahu aku bermasalah dengan cicak ni. Eeeeuwwww arghhhhhhhhhhh!!!! Nampak dari jauh pun aku da meremang bulu roma nak nak muntah jangan kan kata dari dekat. Story cicak ni dengan aku memang banyak tapi semua ni bermula dari aku zaman sekolah rendah (arghh nak cerita pun rasa nak muntah da >.<)


Cerita dia macam ni...........Pada suatu pagi time tu aku baru pas mandi dan nak bersiap la pakai baju sekolah apa semua. Tetiba aku terpijak something yang lembik. Aku angkat kaki dan terus menjerit. Cicak tu masih hidup dan terus lari celah celah almari. OK situasi itu bukan pencetus fobia aku lagi. Hari hari aku berlalu macam biasa. Sekali tu situasi yang lebih kurang sama macam kat atas berlaku sekali lagi dalam hidup aku. Kali ni lebih drastik cos cicak tu gi tanggalkan ekor dia. Aku macam nak gila aku. Geli geleman segala macam lah rasa. Sejak tu lah aku terus fobia dengan cicak.


So kalau ada cicak mati ke nak kena buang ke aku orang pertama yang akan lari dulu. Adik beradik dah faham benarlah. Sampai mati pun aku tak kan sentuh cicak so thats why kalau ada hal hal berkaitan cicak mak dan ayah aku tak pernah suruh aku buat. Nanti aku keluar bilik terus tak keluar keluar. Bukan cicak je binatang yang seakan akan cicak @ menyerupai cicak memang aku tak leh berhadapan lah contoh macam biawak ke sumpah sumpah ke yang bersaudara la dengan cicak (ok memang rasa nak muntah now)


Menangis sebab cicak? Owh selalu dah. Pernah sekali kejadian tahun lepas masak aku nak masak untuk berbuka puasa. Tetiba ada cicak dekat dengan dapur aku nak masak tu. Aku yang fobia ni nangis nangis call en suami alik rumah tolong aku -____-" padahal dia tengah kerja tu. Tapi minta maaf la dengan cicak ni aku tak leh la nak bertoleransi.


Ayah aku memang suka ah sakat aku dengan cicak ni sebab dia tahu kelemahan aku. Setakat panggil aku suruh buang sampah konon nya then tetiba ada cicak itu then aku menjerit jerit lari lintang pukang. Haaa itu trick biasa da. Aku da paham bonar dah. Since asyik terkena aku dah pandai mengelak. (^00^) *bangga*


Then yang aku tak leh tahan masa aku tengah training kat kuantan awal tahun lepas. Aku stay umah makcik aku. Aku ada sebuku roti gardenia butterscotch dalam plastik. Time tu roti tu ada sebelah aku aku pulak tengah online. Time aku nak buka ambil roti tu tetiba ada bunyi dan aku namoak SEEKOR CICAK!!!!!! *damn chu cicak* terus aku tak makan roti tu. Siap jerit and lompat ninja lagi aku. Arghhhhhhhhhhh!!! Terpaksa aku minta tolong cousin aku kak long sue teman aku gi beli roti baru -_-" .


Aku tak faham jugak la kan asal KRU suka suka e nak buat cerita Cicakman tu. Aku rasa cerita paling bodoh ah! Gross gila OK. Damn betul. Bagi aku cicak la binatang paling hina kat alam muka bumi ni. Lagipun bunuh cicak dapat pahala so memang KAU HINA CICAK!!!!! Lenyaplah kau dari muka bumi ni! Yes kau cicak sialan! 


PS cakap pasal cicak memang membuatkan aku emo sikit *bukan sikit tapi banyak*

Wednesday, March 23, 2011

Cakap cakap

Sekarang dah dekat bulan 4, tak sangka la almost a year dah aku jadi isteri orang :D Ala even bulan 6 but still almost (ye ke?) Anyway maybe untuk 1st anniversary tak buat apa apa kot cos aku nak en suami plan nak bercuti bulan 5 ni. Still planning la sebab macam tak tahu nak gi ke mana lah. Maybe langkawi or pulau pulau or penang. Eh penang bukan pulau ker? O.o

Tapi sebab tsunami aku macam takut takut je nak gi pulau pulau ni. One thing for sure am a land person OK. Not a water person. Even mandi dalam bathtub pun aku superfobia even suka jugak la mandi dalam tu. Aku selalu je imagine dalam bathtub tu ada jaws la ada pembunuh upahan la or whatsoever yang berkaitan dengan benda benda menakutkan ni. Sangat pathetic la aku ni -_-"

 Yang penting aku nia seorang LIZARDOPHOBIA yang teramat sangat. Apa benda natang tu? Korang leh cari kat en google or nanti aku cerita.

Monday, March 21, 2011

My Kitty Cat


Haaa cuba tengok anak panah kat atas tu (klik gambar untuk lebih besar). Suppose kan tulis COMPUTER tetiba tukar jadi nama lain. Ni lah gara gara anak kucing kesayangan aku si cicik tu. Hobi dia berjalan atas laptop aku and sometime landing baik punya atas lappy aku sampai tah apa aa tertekan -____-" Nasib baik sayang dia <3

Sunday, March 20, 2011

Hari Hari Kerja Lalalalalala

Hari ni aku nak cerita pasal kerja. Hmmm pasal kerja aku lah. Aku kerja sebagai Customer Service Unit (CSU) or kalau ikut pangkat aku dalam company aku Officer II grade 30. Haaa macam tu lah..Gaji ok lah kalau ikut kerja kat Temerloh ni kan. Campur OT and incentif lagi. Masyuk la jugak. Aku memang super love kerja aku ni. Yela kerja kat branch kecik je so tak ramai staff, CSU 5 orang and marketing seorang je. Dulu adalah branch head tapi dia dah berhenti :( sebab nak kahwin and tunang dia duduk kuantan so dia pindah kuantan.

Kerja aku ni bukanlah senang weh. Time happy happy la. Time susah aduhai memang susah. Aku bahagia and gembira kalau customer yang aku attend tu gembira and masalah dia aku dapat selesaikan. Baru baru ni ada customer mengamuk hmm ni bukan 1st time cos before ni aku dah handle banyak kali. Dan customer gembira pun ramai jugak :) Khamis lepas ada 1 pasangan tua tak tua sangat la. Diaorang datang dengan niat nak marah (ala diaorang yang mengaku sendiri thats why aku tahu :D) tapi bila aku attend dia and selesaikan masalah dia terus dia ok and puji aku cos sepanjang masa aku attend dia aku senyum je and waktu dia ontheway nak ke tempat aku pun aku sambut dengan senyuman. Hihihi so macam lembut kan hati dia la. Pastu siap bersalam dengan aku lagi.

Before ni pun ada makcik tu sampai berjemput suruh datang kahwin anak dia :D memang best dapat bagi service yang terbaik untuk mereka tapi kalau yang teruk tu sampai rasa nak berhenti kerja pun ada jugak >.<" Siapa tahan kena marah tapi itulah cabaran kerja aku ni.

Semua tu aku anggap lumrah kerja aku lah. Sekarang ni aku dah buka compony partner dengan adik lelaki aku. NSMZ Construction :) Operation company ni kat Cameron Highlands cos mak aku yang handle. Adik aku pun tolong lah cuma aku still kerja kat sini. Mak ak bagi cadangan supaya aku and en suami pindah Cameron untuk uruskan company tu mean belajar dengan dia lah. En suami kena minta transfer ke Cameron. Dia tak kisah pon cos demi masa depan. Aku masih sayang kerja aku ni. Tapi bila stress kat office memang time tu jugak rasa nak berhenti.

Tak pe buat masa sekarang aku akan cuba buat yang terbaik. Kerja dan bila tiba masanya aku akan resign and uruskan company aku tu. Waiting for the right timing now. Insyallah


PS mode nak cerita pasal kerja -_-

Friday, March 11, 2011

Pray For All Of Us

OK tajuk tengok tajuk pun dah tahu kan. Hmmm actually still terkejut dengan berita tsunami di Jepun dan tersangat la emosi cos seriously tsunami?? Dulu ingat lagi time tsunami kat acheh and india aku nangis kot cos sedih sangat tengok orang orang yang cuba selamatkan diri. Now Jepun lak. Tadi tangok video video kat youtube and cnn and aljazerra sebak gila lah T_T

Rasa keinsafan kat diri tu teramat sangat....Then baca pulak kat twitter yang Jepun buat nuclear emergency cos diaorang tak dapat cooling kan nuclear plant. Pastu kalau nuclear plant tu meletup dust dia boleh sampai kat Malaysia ni. Am like R U SERIOUS??? Hey hey hey takut lerrrrr =.=

Orang cakap 2012 nanti kiamat. Haa itu aku tak percaya cos hal hal macam tu ALLAH je yang maha kuasa and tahu. Suka hati korang nak teka teka and agak agak apahal. Tapi kalau orang cakap 2012 nanti bumi akan dilanda bencana besar itu aku percaya la cos sekarang pun macam macam dah berlaku kan. Pencemaran lah perang lah memang salah umat manusia. Insafnya bila bercakap pasal hal hal ni.

Nak cakap panjang lagi tapi rasa emo lak. Sedih weh dengan tsunami tsunami ni. Terkejut pun ya jugak. Sama sama lah kita berdoa demi kesejahteraan umat manusia kat dunia ni. God bless us all. Amin


PS ni dah lama nak update but cos takde line internet so tak sempat nak post.

Friday, March 4, 2011

Seribu satu malam la baiiii

OK esok bersamaan sabtu 05.03.11 adalah annual dinner company aku dengan tema seribu satu malam. Apa bai SERIBU SATU MALAM?!!! Gila apa..aku rasa tema seribu satu malam ni memang susah lah. Peh ramai semacam nak pakai penutup muka ala macam perempuan arab tu la.

Aku ni suka je tengok fesyen fesyen tapi aku tak reti nak berfesyen lagi pun aku ni berbadan besar =.= So ingat senang nak berfesyen ke korang woi. Nak kurus tapi suka makan haaaa macam mana tu? Encik suami yang kurus tu pun naik lebih 20 kg since kahwin dengan aku. Bukan salah aku sebab masakan aku sedap sangat :P

Anyway aku ada minta tolong pendapat seorang yang aku sangat adore dah lama dah. Sampai siap dia buat blog post untuk aku. Auwww I malu lah.....hahahha

Ni tekan kat sini haa kalau nak tengok or baca blog post tu k ARABIC kenapa letak arabic? suka hati la :D ok nanti nak post gambar ya. tak tahu lagi turn up apa aku esok -____- bercadang nak jadi cleopetra lah sangat :P hahahaha